Berita

Musliadi sumbang wang tunai, jayakan Sukan Masjid Daerah Jempol

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyampaikan sejumlah sumbangan kewangan kepada Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jempol.

Musliadi berkata, permohonan sumbangan ini bertujuan untuk membeli peralatan futsal untuk digunakan pada Kejohanan Piala Sukan Masjid Daerah Jempol yang sedang berlangsung.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat menanggung kos penganjuran kejohanan tersebut dan semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar,” katanya selepas menyerahkan cek kepada wakil PAID Jempol sebentar tadi di pejabatnya.

Show More

Related Articles

Back to top button