Menarik

Gelanggang futsal Taman Bukit Ria kini boleh diguna

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah mengambil tindakan membaiki kemudahan gelanggang futsal di Taman Bukit Ria yang terbiar sejak setahun lalu akibat tiada penyelenggaraan.

“Saya terima aduan daripada ahli majlis bahawa pagar gelanggang futsal sudah rosak dan bola asyik terkeluar dari gelanggang.

“Maka, saya telah melantik kontraktor untuk mencat semula gelanggang dan memasang pagar baru di gelanggang futsal ini.

“Kemudahan rekreasi awam penting bagi menjaga kepentingan rohani dan riadah anak-anak muda ini,” kata Veerapan.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Tampin Encik Goh.

Show More

Related Articles

Back to top button