Berita

Musliadi: Tadika Sri Rompin sedang dibaik pulih

Demi keselamatan dan keselesaan anak-anak dan guru

JERAM PADANG: Demi memastikan keselamatan dan keselesaan anak-anak, guru serta pembantu Tadika Perpaduan di Taman Sri Rompin; Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang telah mengeluarkan sejumlah peruntukkan untuk membaik pulih bangunan pra-sekolah tersebut.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah melawat sendiri dan memantau kerja-kerja membaik pulih bangunan tadika.

“Bumbung tadika ini ada kebocoran dan jika hujan, air masuk ke dalam ruang rehat dan kelas.

“Di kesempatan ini saya juga dapat untuk beramah mesra dan berkenalan dengan murid-murid di tadika ini, ditemani guru yang mengajar Cikgu Hadijah dan Cikgu Nor Fatin.

“Semoga dengan pembaikpulihan ini dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada murid-murid yang belajar dan guru yang mengajar di tadika ini,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button