Berita

Musliadi taja tiga pelajar prospek, pembelajaran secara ‘online’

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menaja tiga pelajar dari Pekan Jelai bagi mengikuti pembelajaran secara ‘online’.

Musliadi berkata, beliau menyediakan satu inisiatif sendiri untuk membantu pelajar yang terpilih dan yang konsisten (pencapaian yang baik) dalam pendidikan untuk menerima insentif pembelajaran melalui aplikasi OSEM.

“Seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini dan dua lagi murid darjah enam, layak menerima aplikasi OSEM tersebut.

“OSEM ialah satu program Sistem Aplikasi Pembelajaran Online. Aplikasi ini dicipta oleh anak jati Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Malaya.

“Ianya merupakan pembelajaran yang merangkumi pelajaran dari Sekolah Rendah sehingga Sekolah Menengah.

“Untuk bulan pertama ini saya menaja kos pendidikan melalui OSEM untuk tiga pelajar ini. Semoga anak-anak ini berjaya walaupun pembelajaran melalui alam maya,” jelas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button