Berita

Musliadi turun padang siasat isu tanah mendap

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah turun padang ke pekan Rompin bersama Jurutera Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Encik Rostam untuk melihat sendiri kerosakan jalan di hadapan deretan kedai (hadapan Klinik Rama, Rompin).

“Isu di sini ialah masalah tanah mendap yang merosakkan jalan. Sebelum ini pembaikan telah dibuat.

“Penambahan batu crush-run dilakukan dan diturap semula dengan tar; namun tidak lama kemudian, crush-run tersebut tenggelam semula (mendap).

“Siasatan kami mendapati laluan pembetungan jauh dari lokasi mendapan, jurutera MPJL juga telah menunjukkan laluan pembetungan sebenar dan tiada kecacatan atau mendapan ini berpunca dari pembetungan.

“Maka saya akan panjangkan perkara ini ke pihak SAINS Negeri Sembilan untuk menyiasat sekiranya ada kebocoran paip bawah tanah; sekiranya ada, saya minta pihak SAINS mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button