Berita

Muzalmah Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Sembilan yang baru

SEREMBAN: YB Muzalmah Mustapha Kamal dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Sembilan yang baru berkuatkuasa 01 Julai 2020.

Beliau menggantikan YB Mohd Azhar Mohd Yusoff yang telah berpindah tugas ke pusat pentadbiran Putrajaya.

Justeru, telah berlangsung majlis angkat sumpah beliau di hadapan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun pada 01 Julai 2020.

“Diharapkan YB Muzalmah membantu pentadbiran Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan perundangan.

“Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Mohd Azhar di atas sumbangannya selama berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri.

“Selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau,” kata Aminuddin.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close