Berita

N9 Foodhub berjaya agih bantuan makanan kepada 1,080 keluarga miskin

SEREMBAN: Exco Kesihatan, Koperasi, Alam Sekitar dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata; N9 Foodhub berjaya mengagihkan bekalan makanan kepada 1,080 keluarga miskin di seluruh Negeri Sembilan.

Veerapan berkata, N9 Foodhub merupakan sebuah ‘taskforce’ yang dipengerusikan oleh ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh bagi membantu keluarga miskin.

“Pengagihan kali ini merupakan Fasa ke-5. Sebanyak 30 pek bungkusan bekalan makanan telah diagihkan kepada setiap 36 DUN di Negeri Sembilan.

“Saya ingin berterima kasih kepada Jawatankuasa N9 Foodhub yang dipengerusikan oleh YB Mary Josephine, yang membantu rakyat menerusi konsep ‘foodbank’ ini.

“Pelaksanaan N9 Foodhub ini adalah untuk menyelamatkan makanan yang masih baik, elok dan boleh dimakan, untuk diagihkan kepada golongan miskin,” kata Veerapan.

Veerapan berkata, hasrat utama Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melaksanakan program ini adalah bagi mengurangkan pembaziran makanan di samping menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Lebihan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti dan kek, yang masih boleh dimakan; dapat diagihkan kepada golongan miskin tegar,” jelas beliau yang juga ADUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button