Program

Nasarudin: Jom isi minyak percuma di Chembong

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menjemput penduduk sekitar DUN Chembong yang menunggang motorsikal untuk mengisi minyak petrol secara percuma pada hari esok.

“Kami juga membuka beberapa khemah untuk semakan daftar pengundi, khemah mendaftar suntikan vaksin Covid-19, selain memberi peluang kepada remaja mendaftar untuk kemasukan kursus jangka pendek di Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS).

“Acara kemuncak merupakan demonstrasi menunggang motosikal dari anak jati Rembau yang memasuki perlumbaan Malaysian Cup Prix.

“Semua belia dijemput hadir memeriahkan acara ini esok,” kata Nasarudin.

Menurut Nasarudin, program sehari ini anjuran pejabatnya dan Pusat Pembangunan Beliau Negeri Sembilan (TABAH).

Majlis Belia Rembau (MBR) juga akan membuka kaunter pendaftaran untuk beliau yang ingin aktif bersama MBR.

“Pada hari yang sama, Seminar Keselamatan Jalan Raya dan Asas Pengendalian Motosikal di bawah inisiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dengan kerjasama MPKK Kampung Seberang Batu Hampar juga akan diadakan,” ujar Nasarudin.

Program Isi Minyak Motorsikal Percuma
Tarikh : 9/4/2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 -11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Penjaja Setempat Rembau Sentral (Belakang Family Store)

Syarat isi minyak percuma: 150 penunggang motorsikal terawal.

Show More

Related Articles

Back to top button