Aktiviti

Nasarudin: Kerjasama sumber daya insan bersama tentera

CHEMBONG: Penyelaras Dun Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat dengan mengunjungi Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Kem Rasah, Brigadier Jeneral Anuar Abdul Wahab.

Nasarudin berkata, dalam pertemuan tersebut telah dibincangkan perkara berkaitan pembangunan sumber daya insan.

“Saya telah merangka ‘Projek Jiwa Murni’ antara masyarakat kampung dengan tentera di kawasan DUN Chembong.

“Projek ini akan dilaksanakan dengan kaedah secara bergotong-royong bagi membantu golongan yang memerlukan dan untuk permulaan perlaksanaan saya telah mengenal pasti dua buah keluarga yang tinggal dalam rumah yang begitu daif dan perlu dibaikpulih segera,” kata Nasarudin.

Dua buah rumah yang perlu dibaikpulih ialah rumah Puan Ramlah Jasman di Kampung Batu Hampar dan rumah Puan Jamilah Talib di Kampung Solok Jelawai.

“Kerja gotong-royong membaikpulih rumah tersebut akan diurus selia oleh pengerusi-pengerusi MPKK kampung yang terlibat bersama sukarelawan tentera dan penduduk kampung.

“Semoga apa yang dirancang dalam pertemuan hari ini di antara kedua-dua belah pihak akan menyemarakkan lagi nilai murni di samping menyebar luas amalan baik secara berterusan di kalangan masyarakat dalam kawasan DUN Chembong,” jelas Nasarudin.

Kunjungan hormat Nasarudin ini diiringi bersama oleh Pengerusi MPKK Kampung Senama Hilir, Mejar (B) Shamsudin dan Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Mohd Fazriq.

Show More

Related Articles

Back to top button