Aktiviti

Nasarudin lancar kempen ‘Zero Covid-19’ di Chembong

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim melancarkan kempen ‘Zero Covid-19’ di DUN Chembong.

Nasarudin berkata, dua kumpulan ditubuhkan bagi melaksanakan kempen Zero Covid-19.

“Kumpulan pertama yang diketuai oleh Pengerusi MPKK Kampung Pedas Hilir, Encik Kamal yang membuat sanitasi luaran menggunakan semburan cecair dan kumpulan kedua yang diketuai oleh Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Encik Fazriq yang mengunakan kaedah ‘fogging’ untuk sanitasi dalaman bangunan.

“Diharapkan usaha ini dapat membendung penularan wabak Covid-19 di DUN Chembong. Namun, segala usaha ini tidak akan mendatangkan keberkesanan sekiranya orang ramai gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,” kata Nasarudin.

Menurut Nasarudin, lokasi yang telah disanitasi setakat ini ialah:

1. Taman Pedas Indah
2. Taman Pinggiran Pedas
3. Taman Pedas Perdana
4. Surau Paya Besar
5. Surau Taman Pinggiran Pedas
6. Surau Kampung Batu 4
7. Surau Taman Pedas Perdana
8. Semua Premis Perniagaan
9. Kawasan Perindustrian Pedas

Show More

Related Articles

Back to top button