Berita

Nasarudin mengadakan kunjungan hormat ke atas OCPD Rembau

CHEMBONG: Pegawai Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Rembau yang baru, OCPD DSP Hazri Mohamad yang mengantikan Tuan Anuar Bakri Abdul Salam.

Nasarudin berkata, dalam kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Daerah Rembau ini, beliau telah membincangkan pelbagai isu yang melibatkan rakyat bagi menjaga keharmonian dan perpaduan di DUN Chembong.

“DSP Hazri juga menyeru semua MPKK DUN Chembong berganding bahu dalam menjaga keharmonian di dalam DUN Chembong,” kata Nasarudin.

Nasarudin juga menyampaikan cenderahati kepada Sarjan Mat Shah di atas tindakan berani beliau menyelamatkan seorang ibu dan anak OKU ketika kejadian kebakaran di Kampung Solok Jelawai pada 4 Mac lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button