Berita

Nasarudin santuni 30 pemandu teksi Rembau

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menyantuni 30 pemandu teksi dan kereta sewa di Rembau yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

“Saya telah menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 30 ahli Persatuan Pemandu Kereta Sewa Daerah Rembau.

“Ini merupakan satu inisiatif bagi meringankan beban pemandu kereta sewa yang terkesan akibat Pendemik Covid-19,” ujar Nasarudin.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Batu Hampar, Encik Fazli; Mejar (B) Shamsudin (Kampung Senama Hilir), Encik Zulkifli (Kampung Sepri); Encik Roslan (Kampung Senama Tanjung Kling), Encik Azizan(Kampung Tanjung Sena), Encik Redzuan (Kampung Air Hitam), Encik Yusop (Kampung Durian Daun), Encik Abas (Kampung Chembong) dan Encik Fazriq (Kampung Seberang Batu Hampar).

Show More

Related Articles

Back to top button