Aktiviti

Nasarudin sedia bantu petani muda

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim bersama Pengerusi MPKK Kampung Tanjung Sena, Encik Azizan, meluangkan masa melawat kebun sayur yang diusahakan oleh salah seorang penduduk Kampung Chuai, Encik Azizan Abd Hamid, 43.

Menurut Azizan, kebun tersebut adalah hasil usaha arwah bapanya bersama beliau.

“Selepas pemergian bapanya, tanggungjawab menguruskan kebun diambil alih oleh Azizan. Azizan menceritakan perit jerih sepanjang musim PKP.

“Saya menerangkan ada beberapa insentif yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun iaitu Insentif Siswazah Tani, Insentif Pembangunan Tanah Terbiar, Insentif Pengeluaran Agro Makanan dan Insentif Petani Muda.

“Semua insentif ini adalah bagi memperkasa bidang pertanian dan membuka peluang kepada anak muda di Negeri Sembilan menceburi bidang pertanian,” kata Nasarudin.

Nasarudin berharap supaya lebih ramai anak muda seperti Azizan menceburi bidang pertanian di DUN Chembong.

“Individu yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan insentif berkenaan, boleh datang ke Pejabat Penyelaras DUN Chembong di Rembau Sentral,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button