Berita

Nasarudin sumbang 100 kotak pelitup muka kepada Polis Rembau

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menyumbang 100 kotak pelitup muka (mask) kepada anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau.

“Sedia maklum peranan anggota polis sangat penting dalam usaha kita melawan pandemik Covid-19.

“Sebagai frontliners, anggota polis juga terdedah dengan risiko wabak Covid-19.

“Justeru, sumbangan pelitup muka ini untuk kegunaan anggota polis, adalah sebagai tanda penghargaan Pejabat Penyelaras DUN Chembong kepada pengorbanan anggota polis IPD Rembau yang betugas tanpa mengira penat dan lelah,” kata Nasarudin.

Ketua Polis Daerah Rembau, Tuan Hazri menerima sumbangan tersebut daripada Nasarudin Ibrahim di perkarangan IPD Rembau.

Show More

Related Articles

Back to top button