Aktiviti

Nasarudin sumbang tilam angin kepada pesakit strok

CHEMBONG: Program bulanan ‘Ziarah Kasih Chembong’ diteruskan oleh Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim dengan menyantuni keluarga Aizad di Kampung Minching Baru, Pedas Hilir.

“Saudara Aizad berusia 37 tahun mengalami serangan penyakit angin ahmar (strok).

“Isteri beliau Puan Nur Quraini Mohamad Sabri, 30 tahun berkata, suaminya mengalami pendarahan di otak dan pendarahan di saraf tunjang dan masih berada di bawah pengawasan doktor pakar di Hospital Kuala Pilah.

“Pasangan muda ini mempunyai empat anak yang masih kecil dan sumber pendapatan keluarga ini adalah dengan menjual nasi lemak berharga seringgit,” kata Nasarudin.

Nasarudin menyampaikan sumbangan tilam angin, barang keperluan harian dan wang tunai.

“Mudah-mudahan sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit kesulitan yang dilalui oleh keluarga ini.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan rawatan untuk Aizad, diberikanNya kesembuhan yang cepat dan kesihatan yang baik serta dapat kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala,” ujar Nasarudin.

Show More

Related Articles

Back to top button