Aktiviti

Nasib Adik Ilman Farhan dapat perhatian Shahran

Shahran akan dapatkan sebuah katil hospital mudah alih

SRI MENANTI: Seorang pesakit tumor belakang badan, Adik Ilman Farhan Zainal, 16 tahun, mendapat perhatian Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Shahran bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah telah menziarahi Adik Illman Farhan di kediaman neneknya di Kampung Gedang, Terachi.

“Menurut nenek kepada Adik Ilman Farhan, cucunya menghidapi tumor belakang badan tahap satu dan masih di dalam proses rawatan doktor pakar.

“Beliau memohon untuk mendapatkan sebuah katil hospital mudah alih bagi tujuan memudahkan cucunya untuk baring.

“Ini ialah kerana cucunya sering kali mengadu sakit di bahagian belakang badan. Beliau turut memohon bantuan lampin pakai buang untuk kegunaan cucunya,” jelas Shahran.

Justeru, Shahran menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada Adik Muhammad Ilman.

“Saya juga akan mengusahakan untuk mendapatkan sebuah katil hospital mudah alih, supaya neneknya mudah menguruskan penjagaan diri Adik Illman Farhan yang kini amat sukar untuk bergerak

“Pihak JKM juga akan membantu permasalahan Adik Illman Farhan

“Semoga Adik Ilman Farhan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” ujar Shahran.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gedang, Encik Md Azhar Abd Rahman dan Pengerusi MPKK Kampung Kuala Parit, Encik Ali Mat.

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button