Berita

Nasib ibu tunggal 14 orang anak dapat perhatian MB

REMBAU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menziarahi Puan Ramlah Mohd Isa di Kampung Bukit Mayon, Chengkau dekat sini.

Ramlah seorang ibu tunggal yang mempunyai 14 orang anak, bekerja sebagai seorang penoreh getah. Beliau dan keluarganya tinggal dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa bekalan air dan elektrik.

“Simpati dengan keadaan beliau sekeluarga, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah melaksanakan beberapa projek penambahbaikan.

“Antara langkah yang telah dan akan diambil adalah membina jalan baharu ke rumah beliau, pemasangan paip air oleh SAINS, pembekalan elektrik melalui Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), membaiki rumah dan reban ayam beliau secara gotong royong.

“Semoga penambahbaikan yang dilaksanakan ini dapat memberi keselesaan kepada Ramlah sekeluarga,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button