Berita

Nasib ibu enam anak dapat perhatian Veerapan

Anak kelima sakit tulang belakang dan memerlukan susu khasiat khas

SEREMBAN: Nasib seorang ibu tunggal yang mempunyai enam orang anak mendapat perhatian Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam dan sebuah NGO, Science and Wellness Organization (SWO).

Veerapan dan SWO telah menziarahi keluarga Kogila Superamanian di Taman Temiang, Seremban dan menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian.

“Suaminya telah meninggalkan beliau lima bulan yang lepas. Kogila bekerja di sebuah pawagam di pusat membeli belah Palm Mall Seremban sebagai pekerja pembersihan.

“Disebabkan wabak Covid-19, panggung wayang tersebut telah ditutup sejak beberapa bulan yang lepas dan ini menyebabkan beliau tidak boleh pergi kerja.

“Apabila tiada pendapatan, beliau tidak mampu bayar sewa rumah sebanyak RM280 sebulan dan bil elektrik serta bil air sebanyak RM50 sebulan” jelas Veerapan.

YB Veerapan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Kogila dan anak-anaknya.

Veerapan berkata rumah Kogila berada berhampiran dengan tebing Sungai Temiang dan rumah beliau kerap mengalami masalah banjir sekiranya hujan lebat. Rumah beliau di tepi Sungai Temiang maka selalu mempunyai masalah banjir sekiranya hujan lebat.

“Selain itu sering berlaku ancaman ular dan biawak dari sungai yang naik ke rumah.

“Menambah keperitan Kogila, anak kelimanya pula mengalami masalah sakit tulang belakang.

“Maka Kogila terpaksa beri susu khasiat khas untuk tulang.

“Tiada sumber pendapatan ketika ini menyebabkan Kogila menghadapi kesukaran untuk membeli susu khas tersebut dan makanan untuk anak-anaknya.

Show More

Related Articles

Back to top button