Aktiviti

Wanita kehilangan suami disantuni Penyelaras DUN Senaling

SENALING: Nasib Puan Rosmawati Sameon, seorang ibu tunggal dari Kampung Sungai Dua Besar, yang baru kematian suami mendapat perhatian Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Basiron.

“Saya telah menyampaikan sumbangan barang keperluan harian dan berharap semoga kehidupan Rosmawati bersama anak-anaknya akan lebih sempurna,” kata Rais.

Lawatan kali kedua ini disertai juga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah, Encik Fudlullah Ahmad.

Dalam lawatan ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat meluluskan pemohonan Puan Rosmawati untuk mendapatkan bantuan kewangan bulanan.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Sungai Dua Besar, Encik Wahab Kari.

Show More

Related Articles

Back to top button