Berita

Nasib pemandu teksi Port Dickson dapat perhatian DSAI

PORT DICKSON: Nasib pemandu teksi di Port Dickson yang pendapatannya terjejas teruk, kesan daripada pandemik Covid-19; mendapat perhatian Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Dato Seri Anwar Ibrahim, Encik Farhan Fauzi menyampaikan bantuan kewangan kepada Persatuan Pemandu Teksi Port Dickson bagi meringankan sedikit beban kewangan yang ditampung ahli persatuan berkenaan.

“Saya difahamkan terdapat 80 pemandu teksi yang berdaftar dengan Persatuan Pemandu Teksi Port Dickson.

“Kita faham pendapatan pemandu teksi terjejas teruk disebabkan kurangnya pergerakan orang awam kerana PKPB serta orang ramai meminimakan perjalanan sebagai langkah berhati-hati menghadapi ancaman wabak Covid-19.

“Pemandu teksi juga sempat menyuarakan agar pihak Kerajaan Negeri membantu menghulurkan sedikit bantuan one-off kepada mereka kerana punca pendapatan agak terjejas akibat kesan Covid-19.

“Permohonan ini akan dipanjangkan kepada pengetahuan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan,” kata Farhan.

Farhan yang mewakili Anwar turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada beberapa individu seperti OKU dan kurang berkemampuan.

Turut hadir, ADUN Chuah, YB Michael Yek Diew Ching; Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman dan Pegawai Khas ADUN Sri Tanjung, Encik Lionel Pereira.

Show More

Related Articles

Back to top button