Berita

Nasib peniaga kecil Bandar Seri Jempol dibela Rahman

SERTING: Nasib peniaga kecil yang berniaga sejak sekian lama di Jalan Katib, Bandar Seri Jempol akhirnya terbela, apabila Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli berjaya mencari jalan penyelesaian.

Abdul Rahman berkata, menyedari beberapa permasalahan yang dihadapi, beliau telah membantu peniaga kecil di Jalan Katib untuk mendapatkan lesen penjaja Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) serta membantu menaik taraf tempat perniagaan di Jalan Katib.

“Setelah melalui beberapa proses lawatan tapak, saya telah mengambil langkah untuk membantu mendapatkan lesen penjaja MPJL kepada semua peniaga serta menaik taraf tempat yang sedia ada.

“Sementara kerja menaik taraf dilaksana, peniaga diminta untuk berpindah ke lokasi sementara yang ditentukan oleh MPJL iaitu bersebelahan Pejabat Agama Bandar Seri Jempol.

“Saya percaya apabila projek menaik taraf ini siap dalam masa yang terdekat, semua peniaga di Jalan Katib akan menikmati suasana gerai yang lebih cantik dan tersusun,” ujar Abdul Rahman.

Abdul Rahman berharap semua peniaga kecil Jalan Katib memahami matlamat dan tujuan pemindahan tempat perniagaan ini dan tidak ada lagi isu tiada lesen penjaja.

Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Y.M Raja Norazli Raja Nordin yang turut membantu menyelesaikan masalah ini.

Show More

Related Articles

Back to top button