Aktiviti

Nasir agih 1,300 pek bubur lambuk di Bazar Ramadhan Bagan Pinang

BAGAN PINANG: Sebanyak 1,300 pek bubur lambuk diagihkan kepada pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadhan Batu 4 di sini.

Program ini anjuran Persatuan Usahawan dan Penjaja Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson bersama King Mumin Nasi Kandar dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang.

“Saya sempat bertanya khabar dan berbual tentang aktiviti perniagaan para peniaga sepanjang berniaga di bulan Bazar Ramadhan.

“Sentiasa mematuhi SOP agar Bazar Ramadhan ini dapat terus beroperasi sehingga akhir bulan Ramadhan nanti.

“Saya juga menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada pihak persatuan. Semoga lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan bagi membantu para peniaga tempatan,” kata Nasir.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Bagan Pinang, Encik Sharif Yusof; Ahli Majlis MPPD, Encik Zamrry Ibrahim dan semua Ahli Jawatankuasa MPKK DUN Bagan Pinang.

Show More

Related Articles

Back to top button