Berita

Rafie: Pertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sekolah Akademik Agama

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berusaha mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk Sekolah Akademik Agama di Negeri Sembilan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, satu mesyuarat telah diadakan membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Negeri Sembilan.

“Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan Kursus “Memperkasa Amalan Pedagogi Masa Kini” untuk pelaksanaan “Inisiatif Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)” bersama pentadbir/guru daripada sekolah-sekolah agama di Negeri Sembilan.

“Kursus tiga hari ini akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

“Pejabat saya akan membiayai kos kursus ini yang akan membabitkan 100 orang guru.

“Latihan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat untuk mempertingkatkan tahap pendidikan di sekolah-sekolah akademik agama di Negeri Sembilan,” kata Mohamad Rafie yang juga merupakan ADUN Ampangan

Show More

Related Articles

Back to top button