Aktiviti

Nasir gotong royong bersihkan perkarangan sekolah

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman melakukan gotong royong bersama ibubapa dan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Si Rusa.

“Sebelum ini saya mendapat aduan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kampung Baru Si Rusa berkenaan kawasan berkenaan yang dipenuhi pokok-pokok tua yang mengancam keselamatan dan mengganggu kebersihan sekolah.

“Justeru, aktivit gotong royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan tersebut.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang telah hadir menyumbang tenaga dan jentera bagi kerja-kerja pembersihan ini,” kata Nasir.

Pekerja awam dari Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) turut hadir membantu menyediakan kelengkapan pembersihan.

Show More

Related Articles

Back to top button