Berita

Nasir mahu perkasa ekonomi komuniti Bagan Pinang

BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang mengambil inisiatif memulakan sebuah projek kebun komuniti di Taman Intan Perdana, dekat sini.

Nasir berkata, sebagai permulaan, projek ini melibatkan 10 peserta yang akan mengusahakan beberapa tanaman kontan.

“Projek ini merupakan satu permulaan. Setelah melihat keberkesanan dan kejayaannnya nanti, saya bercadang memperluaskan projek seumpama ini di lain-lain kawasan yang sesuai di DUN Bagan Pinang.

“Hasrat saya mahu ekonomi komuniti di Bagan Pinang diperkasakan,” katanya.

Justeru, Nasir mengadakan satu pertemuan dengan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Encik Ahmad Hashim Bakar; Pegawai Perhubungan Awam (MPPD), Encik Muhammad Syamim dan Penolong Pegawai Pertanian Daerah Port Dickson, Puan Norhasilah Edoy.

“Perjumpaan ini membincangkan projek kebun komuniti di Taman Intan Perdana.

“Puan Norhasilah pula memberikan penerangan berkaitan bantuan-bantuan yang akan diberi di dalam projek kebun komuniti ini.

“Insha Allah, projek ini akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” ujar Nasir.

Turut hadir Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPPD, Encik Akmal Hisham dan Ahli Majlis MPPD, Encik Zamry Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button