Berita

Nasir: Perluaskan kerjasama rakan dalam Pakatan Harapan

Husam mahu Pakatan Harapan dalam 'offensive mode'

PORT DICKSON: Ketua Amanah Kawasan Port Dickson, Saudara Nasir Rahman menyeru rakan di dalam Pakatan Harapan memelihara kerjasama yang dibina sejak sekian lama hingga mencapai kejayaan bersama .

“Sedia maklum hubungan kepimpinan Amanah, KeADILan dan DAP di dalam Pakatan Harapan samada di peringkat pusat mahupun negeri sentiasa kukuh dan utuh.

“Namun, dalam mendepani pelbagai cabaran politik, hubungan tersebut bukan sahaja perlu dipelihara, malah kerjasama rakan dalam Pakatan Harapan perlu diperluaskan,” katanya.

Nasir berkata demikian dalam Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Port Dickson Kali Ke-5, di Sea Front Hotel.

Nasir turut menyeru kepimpinan akar umbi Amanah Port Dickson untuk memperkuatkan jentera pilihan raya dan menambah keahlian parti.

Sementara itu dalam ucapan perasmian, YB Senator Dato’ Husam Musa berkata, Amanah dan rakan dalam Pakatan Harapan perlu berada dalam attacking mode.

“Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional kini berada dalam keadaan defensive.

“Kerana apa yang mereka kritik dahulu, mereka buat malah lebih teruk lagi sekarang ini.

“Ini lah masanya kita perlu bersifat¬†offensive (kritik),” kata Husam.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson, YB. Dato’ M.Ravi; Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri Sembilan, YB Bakri Sawir dan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Port Dickson, YB Choo Ken Hwa.

Show More

Related Articles

Back to top button