Berita

Nasir rasmi ‘Arca Buahan’ mercu tanda baharu di Bagan Pinang

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman merasmikan sebuah ‘Arca Buahan’ yang merupakan sebuah mercu tanda baharu di Bagan Pinang.

Nasir berkata, beliau berusaha untuk mempromosikan Gerai Buah-Buahan FAMA di Batu 4, Port Dickson.

“Justeru, saya telah mengusahakan untuk membina sebuah mercu tanda di sini bagi memastikan tapak niaga ini menjadi satu tarikan kepada pengunjung selain daripada penduduk tempatan.

“Diharapkan usaha ini membantu penduduk dan peniaga meningkatkan pendapatan melalui platform yang telah disediakan oleh pihak FAMA.

Turut hadir Pegawai FAMA Daerah Port Dickson, Encik Hasanol Bolkiah; Pengerusi MPKK Kampung Si Rusa, Encik Hamidi Shaari dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Zamrry Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button