Berita

Nasir santuni 14 keluarga yang dikuarantin Covid-19 di Ladang Salak

BAGAN PINANG: Sebanyak 14 keluarga yang dikuarantin akibat positif Covid-19 di Ladang Salak, Port Dickson mendapat perhatian Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.

“Saya sedar kesukaran yang dihadapi oleh 14 keluarga ini kerana positif Covid-19 dan tidak dapat keluar untuk membeli makanan.

“Justeru, saya telah menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada keluarga ini.

“Saya mendoakan kesemua 14 keluarga ini sembuh dengan segera,” kata Nasir.

 

Wakil pekerja Ladang Sala, Encik Thilip Kumaran, 31, mengucapkan terima kasih kepada Nasir di atas bantuan yang diberi.

Turut hadir, Pegawai Pejabat Parlimen Port Dickson, Mejar Hasrin Abd Samat dan Pengerusi MPKK Kampung Baru, Encik Ghazaly Zakaria.

 

Show More

Related Articles

Back to top button