Aktiviti

Nasir sumbang 2 unit TV kepada Sekolah Menengah Agama Telok Kemang

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman telah menyumbang dua unit televisyen untuk kegunaan Sekolah Menengah Agama Telok Kemang.

Nasir berkata, set televisyen ini akan digunakan di dewan makan dan asrama puteri bagi kemudahan pelajar.

Pengetua sekolah, Encik Mohamad Nasarudin Mohd Hashim amat berbesar hati dengan sumbangan Nasir.

Turut hadir di majlis penyerahan ini ialah Pengerusi-Pengerusi MPKK DUN Bagan Pinang.

Show More

Related Articles

Back to top button