Berita

Nasir sumbang bakul makanan kepada keluarga dikuarantin Covid-19

BAGAN PINANG: Tiga keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19, menerima bantuan bakul makanan dari Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.

“Saya meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan bakul makanan kepada tiga keluarga yang didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah masing-masing di Taman Intan Perdana.

“Saya berasa simpati dan berharap agar keluarga ini tabah dan bersabar menghadapi ujianNya.

“Diharapkan bantuan makanan ini meringankan beban keluarga yang dikuarantin ini,” kata Nasir.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Teluk Kemang, Encik Zulkeifli Zakaria dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Azami Zain.

Show More

Related Articles

Back to top button