BeritaProgram

Keperluan perumahan golongan belia diberi fokus Kerajaan Negeri Sembilan

MOHD FAUZI FADZIL: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil berat tentang keperluan perumahan bagi golongan belia.

Justeru itu, Belanjawan Negeri Sembilan 2023 telah memperuntukkan RM10 juta bagi program Rumah Harapan Rakyat. Malah melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (zakat) Rumah Harapan Rakyat juga dibina untuk golongan asnaf. Rumah yang disediakan bukan sahaja dengan harga mampu milik, malah ia diberikan percuma kepada golongan asnaf (yang turut melibatkan golongan belia).

Keperluan perumahan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA turut dimasukkan di dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023 apabila tanah-tanah yang dikenalpasti akan dipecahkan kepada lot-lot kediaman bersaiz 4,000 kaki persegi untuk diberikan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA yang layak bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk memiliki kediaman sendiri dalam gugusan FELDA sedia ada.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memanfaatkan peruntukan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang terhad secara berhemah dan bijaksana. Bukan sahaja keperluan golongan belia dibangunkan, malah jatidiri golongan belia yang bakal memimpin pemerintahan Negeri Sembilan pada masa hadapan tidak ditinggalkan. Diharap belanjawan tersebut dapat menyempurnakan keperluan golongan belia di Negeri Sembilan.

Laporan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati bahawa 84 peratus belia masih belum mampu memperolehi kediaman sendiri dan dibebankan lagi dengan kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi pasca pendemik Covid-19.

Kadar pengangguran di Negeri Sembilan pada tahun 2022 berada pada tahap yang terkawal iaitu 3.3 peratus (berbanding peringkat kebangsaan yang merekodkan 4.6 peratus).

Usaha terus dipertingkatkan bagi menangani masalah pengangguran dengan memperkenalkan geran Tabung Belia Harapan (TABAH) dan perlindungan Takaful Food Rider, melalui inisiatif tersebut diharap golongan belia yang sedang mencari dan kehilangan pekerjaan dapat memanfaatkan sektor ekonomi bagi menampung kehidupan.

Mohd Fauzi Fadzil
Exco Majlis Belia Malaysia

Show More

Related Articles

Back to top button