Berita

Nasir taja enam pelajar lepasan SPM sambung pengajian

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman telah menaja yuran pendaftaran enam pelajar lepasan SPM yang telah berjaya menyambung pengajian di Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS).

“Hanya pendidikan sahaja yang mampu menjamin masa depan yang lebih cerah.

“Justeru, sebagai satu galakan kepada enam pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan ini, saya telah mengambil inisiatif dengan menaja yuran pendaftaran untuk pengajian mereka di KAYNS.

“Semoga anak muda ini dapat menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar pada masa akan datang,” kata Nasir.

Nasir juga merakamkan penghargaan kepada Pegawai KAYNS, Encik Mohd Adeey Sham yang sentiasa membantu dalam proses dan urusan pendaftaran pelajar ini.

Show More

Related Articles

Back to top button