Berita

Kerajaan Negeri sasar RM1 juta Tabung Peduli Palestin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta bagi Tabung Peduli Palestin peringkat Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ seri Aminuddin Harun berkata, setakat semalam (Khamis) sebanyak RM800 ribu telah berjaya dikumpulkan.

“Jumlah tersebut adalah hasil sumbangan agensi dan syarikat swasta di Negeri Sembilan.

“Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turut meminta semua masjid di Negeri Sembilan untuk melakukan kutipan sumbangan.

“Sebanyak RM25,833.20 telah dikumpulkan setakat ini dan kutipan juga masih berjalan.

“Kita juga turut menjangkakan lebih banyak lagi sumbangan daripada masyarakat negeri ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Pelancaran Tabung Peduli Palestin peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button