Berita

Nasir terima sandang Mahkota Bintang Pelangi Kehormat

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman diberi penghormatan dan menerima sandang Mahkota Bintang Pelangi yang berpangkat Kehormat di Majlis Ramah Mesra Seni Gayong Bersama Waris Zuriat Mahaguru.

Penganugerahan sandang tersebut disempurnakan oleh YBhg Ibu Siti Fadzillah Dato’ Meor Abdul Rahman selaku tetamu kehormat dan merupakan Waris Mutlak Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia.

Nasir telah berkecimpung di dalam Silat Seni Gayong sejak tahun 1987 dan pernah bertemu dengan pengasas Silat Seni Gayong, Dato’ Meor Abdul Rahman.

“Di kesempatan ini saya turut menghulurkan sumbangan RM2,500 kepada Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia,” kata Nasir.

Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Zamrry Ibrahim pula dianugerahkan pangkat Ketua Beradat dengan sandang Seri Bintang Pelangi.

Zamrry adalah pemegang Bengkung Kuning Silat Seni Gayong Malaysia.

Majlis ini diadakan di Dewan Orang Ramai MPKK Kampung Bagan Pinang dan anjuran Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia.

Tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg Prof Dato’ Dr.Mohamad Nasir Saludin dari UniMel KUIM dan YBhg Prof Dr.Sufiyan Hussin dari ATMA UKM.

Show More

Related Articles

Back to top button