Berita

10 peserta PH GEM terima sumbangan mesin jahit

Membabitkan peruntukan RM8 ribu

TAMPIN: Seramai 10 peserta Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dari Parlimen Tampin, telah menerima sumbangan mesin jahit dari Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Nicole berkata, PH GEM telah memperuntukkan RM8,000 untuk pembelian 10 unit mesin jahit ini. 10 peserta ini telah mengikuti semua program jahitan PH GEM yang telah dijalankan oleh Puan Leela Machap daripada Pertubuhan Tukang Jahit dan Kraftangan Tampin.

“Program yang telah mereka sertai adalah seperti berikut:

• Program menjahit langsir pada 29/2/2020
• Program menjahit pelitup muka pada 5/6/2020
• Program menjahit sarung bantal pada 19/7/2020
• Program menjahit gown kanak-kanak pada 2/8/2020
• Program menjahit gown moden dress pada 9/8/2020

“Kami telah memilih 10 orang peserta yang berkebolehan untuk menjahit dan kesemua mereka telah melepasi ujian menjahit tahap kedua.

“Seramai 100 orang peserta telah menyertai program-program di atas.Pihak PH GEM dan tenaga pengajar telah mengenal pasti 10 peserta yang layak menerima mesin jahit,” jelas Nicole.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan mesin jahit di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah ialah ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam.

Menurut Nicole, 10 orang peserta ini juga telah mencipta sejarah dengan menghasilkan beberapa jahitan, seperti baju dan beg untuk dijual melalui akaun Shopee PH GEM dengan bantuan dan didikan daripada Puan Leela.

“Melihat minat mendalam peserta tersebut untuk menjahit, ia telah mendorong tenaga pengajar untuk mengajar mereka secara persendirian dan pihak PH GEM telah mengambil keputusan untuk memberikan 10 set mesin jahit untuk mereka menjahit dan menjana pendapatan sampingan daripada rumah.

“PH GEM akan melihat secara lebih dekat akan perkembangan 10 peserta ini dan akan membimbing mereka untuk mempelajari pelbagai jenis jahitan merangkumi fesyen dan budaya tiga kaum di Malaysia.

“PH GEM juga akan memperluaskan skop dengan menjadikan mereka sebagai usahawan wanita, membantu mendaftarkan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membolehkan menjalankan perniagaan sendiri,” kata Nicole.

Nicole berkata, PH GEM juga bercadang untuk mengadakan program secara maya seperti cara penggunaan mesin jahit, iaitu program asas yang perlu dipelajari oleh setiap peserta pada masa akan datang, yang akan diajar oleh penerima mesin ini.

Peserta PH GEM Tampin yang menerima sumbangan mesin jahit adalah seperti berikut:

1. NUR AZEERAH NARIYAH MOHAMMED ALI
2. PAVITHRA CHELVARAJAH
3. ROSLINA MUSIRAN
4. NATHIYA K.AYYAVU
5. KALARANI MUNIANDY
6. NORZAIMAH ABDOLL
7. MENAGA GOPAL
8. PUTERI ROHAIZA MUSIRAN
9. LALITHAMBIGAI MUTHUSAMY
10. YAMUNA SUPPIAH

 

Show More

Related Articles

Back to top button