Berita

Negeri Sembilan akan bantu kemenangan Pakatan Harapan Melaka

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun akan turun padang membantu jentera Pakatan Harapan berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Jentera pilihan raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan digerakkan berkempen bagi memenangkan calon-calon Pakatan Harapan yang bertanding di PRN Melaka.

“Saya berharap rakyat Melaka keluar mengundi beramai-ramai, dapat balik mengundi (pengundi luar); beri undi, beri sokongan dan menangkan Pakatan Harapan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dan penamaan calon pada 8 November ini.

Pakatan Harapan boleh membentuk semula kerajaan negeri dengan majoriti mudah sekiranya menang 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

 

Kredit Foto Pakatan Harapan: Media Rania

Show More

Related Articles

Back to top button