Berita

Negeri Sembilan: Aminuddin sasar 80 peratus penduduk divaksinasi hujung minggu ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mensasarkan 80 peratus penduduk Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas, dapat divaksinasi menjelang hujung minggu ini.

Menurut Aminuddin setakat kelmarin (3 Ogos), 74.36 peratus penduduk berumur 18 tahun ke atas telah menerima vaksin dos pertama.

“Ini bermakna seramai 605,619 orang daripada 855,417 rakyat Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

“Saya percaya menjelang hujung minggu ini, kadar vaksinasi dos pertama untuk penduduk berumur 18 tahun ke atas dapat dicapai 80 peratus,” jelas beliau.

Aminuddin menambah, seramai 336,586 individu atau 41.33 peratus populasi Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas telah menerima suntikan vaksin dos kedua.

“Saya mensasarkan 46 peratus penduduk Negeri Sembilan berumur 18 tahun ke atas akan menerima dos kedua menjelang hujung minggu ini.

“Saya yakin kadar 50 peratus yang menerima suntikan vaksin lengkap (dua dos) akan dicapai pada minggu hadapan.

Aminuddin berkata demikian dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco yang diadakan secara atas talian (online) sebentar tadi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button