Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Negeri Sembilan bina jalan baharu, hubung Lukut – Kampung Baru SiRusa

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan projek membina jalan penghubung dari Lukut ke Kampung Baru SiRusa (melalui Kampung Paya dan Kampung Bagan Pinang) di Daerah Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tarikh milik tapak ialah pada 5 Ogos 2022 dan projek ini dijangka siap pada 4 Ogos 2025.

“Status semasa projek pada masa ini ialah sedang melaksanakan proses pengambilan balik tanah.

“Projek ini dilaksanakan di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Sementara itu Aminuddin berkata, pihak JKR juga telah mengangkat permohonan projek menaiktaraf Jalan Melaka/Lubok Cina – Port Dickson (Teluk Kemang) Laluan FT005 di bawah RMK-12, RP3 ke Kementerian Kerja Raya pada 5 Januari 2022.

Beliau berkata demikian di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Show More

Related Articles

Back to top button