Kolumnis

Negeri Sembilan dari podium kes tertinggi ke Fasa 3 PPN

EDY NOOR REDUAN: Pada bulan Jun dan awal Julai lalu, Negeri Sembilan terperosok sebagai negeri yang mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi selepas Selangor. Kerap menduduki podium kata mereka.

Ketika itu beberapa kali kes baharu mencecah angka lebih dari seribu, sekali gus mendatangkan keresahan buat warga Negeri Sembilan dan tidak kurang juga kecaman dari mereka yang kurang bermaklumat.

Peningkatan kes yang berlaku di Negeri Sembilan ketika itu adalah hasil daripada saringan bersasar terutama di sektor pembuatan dan perindustrian. Saringan bersasar juga dilakukan terhadap kontak rapat dan individu bergejala menyebabkan kes baharu mencatatkan peningkatan.

Selain daripada disiplin pematuhan SOP yang ketat di seluruh negeri, tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan saringan massa di kawasan industri atau lokaliti yang dikenalpasti sebagai punca penularan kes akhirnya berjaya mengesan dan memutuskan rantaian transmisi wabak serta mengekang penularan kes baharu.

Sebanyak sembilan buah negeri mencatat kes melebihi empat angka pada 20 Ogos 2021, tetapi Negeri Sembilan menunjukkan angka penurunan dari sehari ke sehari sehinggalah Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 4 September yang lalu. Alhamdulillah.

Kerajaan Negeri secara bersungguh-sungguh mengawal penularan Covid-19. Mendesak pelaksanaan SOP yang lebih ketat dalam hal membabitkan kilang; malah Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sendiri berkeras mencadangkan sekiranya ada pekerja positif Covid-19, pihak berwajib wajar mengarahkan kilang tersebut ditutup selama 14 hari.

Dalam masa sama, desakan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi berhasil apabila Kerajaan Pusat membekalkan 600,000 dos vaksin kepada Negeri Sembilan mulai bulan Julai 2021.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan pada Jun lalu menyasarkan 80 peratus rakyat Negeri Sembilan akan lengkap vaksinisasi pada bulan Oktober. Namun Kerajaan Negeri telah mencapai kejayaan yang lebih besar dalam soal vaksinasi dan imuniti kelompok.

Sehingga 11 September 2021, sebanyak 99.7 peratus atau 811,518 orang penduduk berumur atas 18 tahun di Negeri Sembilan telah menerima satu dos vaksin manakala sebanyak 87.4 peratus atau 711,621 penduduk telah lengkap divaksin.

Kadar vaksinasi yang tinggi di Negeri Sembilan memperlihatkan kadar penggunaan fasiliti kesihatan yang rendah di mana penggunaan alat bantuan pernafasan adalah 32.8 peratus, penggunaan ICU 48.2 peratus, penggunaan katil hospital 62.3 peratus dan penggunaan pusat kuarantin sebanyak 19 peratus. Situasi melegakan ini mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Akhir sekali, ingin dinyatakan juga di sini bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM29.4 juta bagi membiayai pelbagai insentif serta bantuan kepada rakyat dan barisan hadapan dalam menangani Covid-19 sepanjang tahun 2021. Antara yang dibelanjakan termasuk:

1. Bantuan Operasi/Pengurusan Pusat Kuarantin/Pembelian PPE – RM5.4 juta

2. Bantuan bakul makanan – RM5 juta

3. Pembelian bekalan oksigen – RM0.5 juta

4. Pengecualian Sewa Gerai PBT – RM0.5 juta

5. Bantuan Khas one-off peniaga tanpa premis – RM1.5 juta

6. Pengecualian sewa perumahan awam (3 bulan) – RM1.3 juta

7. Bantuan Perkhidmatan Masyarakat (pelbagai) – RM8.12 juta

8. Bantuan one-off kehilangan pekerjaan – RM3 juta

9. Perbelanjaan kontijensi – RM4 juta

12. Pada hemat Negeri Sembilan Update (NSU), Kerajaan Negeri Sembilan telah melakukan segala yang terbaik dalam skop kemampuan tersendiri. Sebuah negeri kecil yang bercita-cita besar untuk menjadi penanda aras dalam usaha melawan pendemik. Tahniah!

Edy Noor Reduan
Setiausaha NSU
14 September 2021

Show More

Related Articles

Back to top button