Berita

Kerajaan Negeri umum Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut dijangka bakal memanfaatkan seramai 3,796 penjawat awam tidak termasuk Pihat Berkuasa Tempatan, Badan berkanun dan syarikat GLC.

“Bantuan ini merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada penjawat awam kerana berjaya mencatatkan surplus sebanyark RM31 juta pada tahun lalu.

“Pembayaran akan dibuat pada 14 April ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media pasca mesyuarat exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button