Berita

Negeri Sembilan merekodkan penyusutan mendadak kes Covid-19

SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan penyusutan mendadak kes Covid-19; dari empat angka kepada tiga angka.

Exco Kesihatan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, sejak 13 Ogos pendaftaran kes Covid-19 harian bagi Negeri Sembilan menunjukkan tren penurunan dari 974 kes kepada 478 kes yang dicatatkan pada 23 Ogos.

“Nilai ambang purata kes Covid-19, dinisbahkan 6:1 kepada 100 peratus penduduk Negeri Sembilan perlu merekodkan kes di bawah 600 untuk cukup syarat untuk beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara.

“Justeru, Negeri Sembilan telah mencapai kriteria yang ditetapkan untuk beralih dari Fasa Pertama ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kita berdoa agar kes Covid-19 akan terus berkurangan,” ujar beliau.

Veerapan berkata, menurut nilai ambang pemberian vaksin lengkap harus melebihi 52.17 peratus dari populasi Negeri Sembilan yang divaksinkan.

Penggunaan katil telah kurang 36 peratus

Perkembangan terkini vaksinasi di Negeri Sembilan menunjukkan telah mencapai sebanyak 90.07 peratus iaitu 733,562 orang menerima dos pertama dan sebanyak 72.31 peratus bersamaan 588,880 orang telah divaksinkan.

“Seterusnya, nilai ambang kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) bagi menyediakan rawatan kepada pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan turut merekodkan penyusutan daripada paras kritikal ke peringkat sederhana.

“Purata penggunaan katil telah kurang sebanyak 36 peratus di hospital di Negeri Sembilan iaitu Hospital Tuanku Jaafar 71 peratus, Hospital Tampin 19 peratus, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah tujuh peratus dan Hospital Jempol 30 peratus.

‘Jumlah PKRC Politeknik Port Dickson sebanyak 40 peratus dan PKRC Nilai sebanyak 27 peratus. Jumlah katil kosong di PKRC Swasta sebanyak 546 katil bersamaan 55 peratus,” jelas Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button