BeritaProgram

Negeri Sembilan peruntuk RM28 juta bantu peniaga kecil

Seramai 6,799 peniaga kecil dan usahawan kecil dapat manfaat

EDITORIAL: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM28 juta melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bagi membantu dan memajukan perniagaan peniaga kecil dan usahawan kecil.

Seramai 6,799 peniaga kecil dan usahawan kecil telah dan akan mendapat manfaat daripada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), TUNS PLUS dan TUNS EXTRA.

TUNS merupakan geran RM3,000 yang tidak perlu dibayar balik, diperkenalkan pada tahun 2019 dengan peruntukan RM3 juta dan seramai 1,046 peniaga kecil mendapat bantuan kewangan TUNS.

Pada tahun kedua 2020, peruntukan ditingkatkan kepada RM6 juta dan 2,023 peniaga kecil mendapat manfaat daripada geran bantuan tersebut.

Seramai 1,078 peniaga kecil menerima bantuan TUNS pada tahun 2021 yang membabitkan peruntukan RM3 juta.

Manakala pada tahun 2022 dengan peruntukan RM3 juta, seramai 1,002 peniaga kecil telah dibantu.

Pada tahun 2023, peruntukan RM3 juta disediakan dengan sasaran penerima 1,000 peniaga kecil.

Secara keseluruhan, daripada tahun 2019 hingga 2023; seramai 6,149 peniaga kecil telah dan akan menerima bantuan TUNS.

TUNS PLUS 

TUNS PLUS pula merupakan pinjaman tanpa faedah maksimum RM15,000 bagi usahawan kecil memperbesarkan perniagaan mereka.

Pada tahun 2021, seramai 213 usahawan kecil mendapat manfaat dengan peruntukan RM3 juta.

Seramai 204 usahawan kecil menerima dana TUNS PLUS dengan peruntukan RM3 juta pada tahun 2022.

Pada tahun ini, seramai 200 usahawan kecil disasarkan akan mendapat manfaat TUNS PLUS dengan dana RM3 juta.

TUNS EXTRA

TUNS EXTRA diperkenalkan pada tahun ini, merupakan geran padanan dengan bantuan maksimum RM30,000.

Peruntukan RM1 juta disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui PKNNS bagi membantu 33 usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button