Berita

Nelayan Telok Kemang dapat penarik bot dari Bakri dan Nasir

BAGAN PINANG: Persatuan Nelayan Teluk Kemang mendapat sumbangan sebuah penarik bot (Kubota) dari Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Bakri Sawir dan Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak membantu urusan atau aktiviti harian para nelayan kawasan Teluk Kemang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana nelayan antara penyumbang bekalan makanan negara khususnya Negeri Sembilan.

“Selain itu, saya juga memahami permasalahan para nelayan dalam isu projek Kuala Linggi International Port (KLIP) yang kesannya sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi nelayan Negeri Sembilan jika projek itu dijalankan.

“Justeru, saya minta agensi dan jabatan terlibat menilai dan memikirkan pelan jangka masa panjang dalam aspek kebajikan dan ekonomi para nelayan agar punca pendapatan nelayan tidak terjejas dengan pembangunan tersebut,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

 

Show More

Related Articles

Back to top button