Berita

Kerajaan Negeri peruntuk RM9.9 juta bantu sektor pendidikan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM9.9 juta khusus untuk sektor pendidikan di Negeri Sembilan.

Exco Pendidikan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, di bawah Belanjawan 2021, sektor pendidikan Negeri Sembilan akan diperkasakan melalui tujuh inisiatif utama seperti perincian berikut:

1. Tabung Penyelenggaraan Sekolah – RM1.5 juta.

2. Bantuan Sekolah Tahfiz, SJKC, SJKT dan Sekolah Swasta – RM2.5 juta.

3. Bantuan Anak Sekolah – RM1.3 juta.

4. Biasiswa Anak Negeri – RM0.8 juta.

5. Program lepasan SPM Fast Track Tahfiz – RM0.5 juta.

6. Rumah Pelajar Negeri Sembilan Di Kaherah – RM2 juta.

7. Elaun Guru KAFA – RM1.3 juta.

“Setakat Julai 2021, sebanyak RM7.9 juta telah dibelanjakan untuk tujuan pendidikan bersamaan dengan 79.8 peratus perbelanjaan.

“Ini tidak termasuk perbelanjaan bagi Sumbangan Kewangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang menjangkau sebanyak RM4 juta setiap tahun secara purata.

“Sumbangan bantuan kewangan IPT sebanyak RM1.028 juta telah disalurkan setakat Julai 2021. Jumlah ini dijangka akan bertambah sebanyak RM2.5 juta sehingga hujung tahun,” ujar Mohamad Rafie yang juga ADUN Ampangan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button