Berita

Karnival Deepavali Negeri Sembilan buka peluang kepada 110 peniaga kecil

SEREMBAN: Karnival Deepavali anjuran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan membuka peluang kepada 110 usahawan kecil menjalankan perniagaan sempena sambutan Deepavali.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 90 buah gerai dibuka pada Karnival Deepavali Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Lee Fong Yee.

“Dalam masa sama, terdapat 20 buah gerai lagi di tempatkan di Terminal One Seremban.

“Saya juga turut beramah mesra dan memberikan sumbangan duit Deepavali kepada kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menengah yang hadir ke karnival tersebut.

“Di kesempatan ini juga, saya mewakili Kerajaan Negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat di negeri ini terutamanya yang beragama Hindu,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, karnival ini diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Deepavali buat masyarakat Hindu di negeri ini.

 

Foto: Nabil Syafiq 

Show More

Related Articles

Back to top button