Aktiviti

Ng: Program ‘Prihatin’ DUN Temiang dilanjutkan hingga Jun 2021

TEMIANG: Program ‘Prihatin’ khusus untuk penduduk miskin dan warga emas di DUN Temiang dilancarkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Temiang; telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peniaga dan persatuan NGO.

ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai berkata, sejak wabak Covid-19 menular, beliau menyedari ramai yang memerlukan bantuan terutamanya orang tua dan penganggur. Golongan ini telah hilang punca pendapatan dan menjejaskan kehidupan harian mereka.

“Program ini telah dimulakan sejak Julai 2020 dan tamat bulan Disember ini.

“Memandangkan wabak Covid-19 ini masih belum dikawal sepenuhnya, maka program Prihatin ini telah dilanjutkan sehingga bulan Jun 2021 bagi meringankan beban kehidupan golongan miskin dan warga emas di DUN Temiang.

“Program Prihatin ini merupakan program sumbangan barangan keperluan dapur kepada penduduk yang miskin dan warga emas di DUN Temiang,” kata Ng.

Ng berkata, setiap bulan pihaknya dengan kerjasama NGO akan menyediakan 300 set barangan keperluan asas dan setakat ini ianya telah memberi manfaat kepada lebih 1,000 buah keluarga.

“Penaja pada bulan Disember adalah Hup Soon Seremban Food Trading Sdn Bhd yang menaja 300 set barangan keperluan asas.

“Bantuan ini disampaikan kepada masyarakat kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama,” ujar Ng.

Pengarah Eksekutif Hup Soon Seremban Food Trading Sdn Bhd berkata, sejak pandemik Covid-19; ramai yang  terjejas dan memerlukan bantuan untuk mengurangkan beban hidup mereka.

“Maka, pihak syarikat telah memutuskan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, seramai mungkin,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button