Berita

Ng sumbang pelitup muka dan Kit Ujian Covid-19 kepada empat sekolah

TEMIANG: ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai telah menyumbang 1,240 kotak pelitup muka dan 1,240 Kit Ujian Kendiri Covid-19 kepada empat buah sekolah rendah di DUN Temiang.

“Sekolah yang menerima sumbangan ini adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Hwa, Sekolah Kebangsaan Temiang, Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Maamor dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban.

“Setiap pelajar dari empat buah sekolah ini telah diberikan sekotak topeng muka dan sekotak Kit Ujian Kendiri Covid-19.

“Saya juga telah memperuntukkan dana RM3,000 kepada empat buah sekolah rendah tersebut,” kata Ng.

Ng berkata, dana untuk menjalankan aktiviti pendidikan turut diberikan kepada tiga sekolah menengah di DUN Temiang.

“Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.

“Bantuan berjumlah RM27,000 ini adalah bagi membolehkan pihak PIBG sekolah menjalankan aktiviti tahunan di sekolah,” ujar Ng.

Show More

Related Articles

Back to top button