Berita

Nicole dan 45 sukarelawan wanita bantu bersih rumah mangsa banjir

JELEBU: Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon telah menjalankan operasi pembersihan banjir di Kampung Baru Titi dan Kampung Hosapa.

“Saya bersama 45 peserta Simulasi Sidang Wanita telah turun padang membersihkan dewan orang ramai dan rumah mangsa banjir di Kampung Baru Titi dan Kampung Hosapa.

“Kesemua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan operasi pembersihan ini.

“Selain itu, sumbangan pakaian juga diserahkan kepada mangsa banjir.

“Ini adalah satu pendedahan kepada peserta simulasi bahawa tugas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan sahaja bahas dalam dewan tapi harus turun padang dan bantu rakyat,” jelas Nicole Tan.

Nicole berharap lebih ramai pihak tampil dan menghulurkan bantuan supaya keadaan penduduk setempat dapat dipulihkan secepat mungkin.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua sukarelawan,” ujar Nicole Tan yang juga ADUN Bukit Kepayang.

 

Foto: Norshela Zakariah

Show More

Related Articles

Back to top button