Aktiviti

Nicole: ‘Memasak Bersama Rakyat’ promosi keharmonian kaum

SEREMBAN: Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon telah merasmikan Program Memasak Bersama Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Kepayang.

Nicole berkata, tujuan utama program ini dilancarkan adalah untuk mempromosikan keharmonian kaum dan pertukaran budaya melalui makanan.

Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan budaya pemakanan masing-masing.

“Kita harus menghidupkan tradisi gotong-royong memasak supaya boleh menjadi salah satu suntikan semangat kepada rakyat untuk menyambut perayaan tertentu dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.

“Selain itu, juadah yang disediakan boleh dikongsikan kepada para penduduk dan sekali gus menampilkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di sini.

“Diharapkan dengan penganjuran beberapa program gotong-royong, penyatuan antara rakyat boleh berjalan,” kata Nicole.

Nicole yang juga ADUN Bukit Kepayang berkata, untuk mengelakkan risiko penularan wabak, juadah yang dimasak akan diagihkan secara pandu lalu sahaja.

“Saya berharap orang ramai boleh mencontohi norma baharu ini (pandu lalu), supaya kita semua mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Show More

Related Articles

Back to top button