Aktiviti

Nicole meraikan 112 pekerja pembersihan sempena Deepavali

BUKIT KEPAYANG: ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah mengagihkan sumbangan pek kuih dan biskut, sempena sambutan Deepavali kepada 112 pekerja pembersihan yang sentiasa bertungkus-lumus menjaga persekitaran dan kebersihan di DUN Bukit Kepayang.

“Pandemik Covid-19 telah menjejaskan pendapatan orang ramai. Ada yang dibuang kerja, ada yang gaji dikurangkan dan sebagainya.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga masing-masing dan memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini.

“Sambutan tahun ini terpaksa diadakan pada skala kecil dengan SOP yang telah ditetapkan,” kata Nicole.

Nicole yang juga Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan berkata, walaupun norma baharu ini dianggap menyusahkan, tetapi ia adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

“Selamat menyambut Hari Deepavali dan bersama-sama kita memerangi pandemik Covid-19,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button